* Katalaluan adalah 'case sensitive'

Home >

Welcome to the UMCCed Job Portal.


Selamat datang ke Sistem Portal Pencarian Kerja UMCCed.

Sekiranya pengguna telah mendaftar dalam UMCCed Job Portal tetapi lupa katalaluan, sila klik sini.

                                                     

 
Syarat- Syarat Permohonan
 
Bagaimana Untuk Membuat Permohonan :

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan di Pusat Pendidikan Berterusan Univeristi Malaya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang berikut :
 
1.
Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman web https://career.umcced.edu.my.
a. Bagi pemohon luar yang pertama kali menggunakan sistem ini, sila pilih Pendaftaran Baru.
b. Bagi calon luar yang pernah memohon jawatan melalui sistem ini, anda boleh menggunakan ID, katalaluan dan data terdahulu untuk memohon jawatan. Maklumat yang diberi hendaklah yang terkini dan pastikan anda mengemaskini maklumat yang telah dimasukkan terdahulu.
 
2.
Pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
 
3.
Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL), adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
4.
Pemohon hanya boleh membuat permohonan jika terdapat iklan kekosongan jawatan sahaja.
 
5.
Pemohon boleh memohon hanya tiga (3) jawatan sahaja dalam satu iklan.
 
6.
Pemohon juga dibenarkan menukar atau mengemaskini jawatan yang diiklankan sebanyak 3 kali dalam tempoh iklan dibuka sahaja. Sebarang perubahan jawatan yang dipohon selepas tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.
 
7.
Pemohon boleh mengemaskini maklumat peribadi pada bila-bila masa dan hanya data pada tarikh tutup sesuatu iklan sahaja yang akan digunakan sebagai maklumat sebenar calon.
 
8.
TEMPOH SAH LAKU data calon dalam sistem career@UMCCed adalah selama satu (1) tahun. Jika tiada proses kemaskini rekod atau permohonan baru dalam tempoh setahun, data pemohon akan secara automatik dipadamkan dari rekod. Selepas tamat tempoh sah laku, sekiranya pemohon ingin memohon jawatan di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mendaftar semula dalam Sistem Career@UMCCed.
 
9.
TEMPOH SAH LAKU adalah selama setahun dari tarikh terakhir salah satu transaksi berikut iaitu pengemaskinian data atau dari permohonan baru.
 
10.
Permohonan yang tidak dihantar melalui saluran yang ditetapkan atau diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
 
11.
Pemohon yang lengkap dan memenuhi syarat kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.
 
12.
Pemohon perlu memastikan maklumat yang diberi adalah benar. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan Undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989) yang jika disabitkan boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2,000 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) atau kedua-duanya sekali.
 
13.
Pemohon yang berjaya disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga diminta membawa bersama :
a) satu (1) salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan bersama dokumen asal;
b) satu (1) salinan Sijil Lahir yang telah disahkan bersama dokumen asal;
c) satu (1) salinan Resume yang telah dicetak dari sistem Career@UMCCed semasa permohonan dibuat;
d) satu (1) salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan bersama dokumen asal;
e) satu (1) salinan sijil-sijil lain yang berkenaan yang telah disahkan bersama dokumen asal.
 
14.
Bahagian Pengurusan Modal Insan (HuCAM), UMCCed akan memaklumkan status permohonan semasa pemohon (panggilan ujian, panggilan temu duga dan surat tawaran pelantikan) melalui laman web ini (https://career.umcced.edu.my ) iaitu pada pautan Rekod dan Status Permohonan. Notis pemberitahuan juga akan dihantar melalui email yang telah didaftar. Pemohon dikehendaki sentiasa menyemak email dan status permohonan ini bagi mengetahui maklumat terkini status permohonan masing-masing.
 
15.
Keputusan pemilihan calon oleh Panel Penemuduga bagi Pengambilan Staf UMCCed adalah muktamad.
 
 
  HUBUNGI KAMI  

Bahagian Pengurusan Modal Insan (HuCAM)
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya
No. Tel : +03-8684 3533
E-Mel : HuCAM@umcced.edu.my

ATAU sekiranya menghadapi masalah dari segi teknikal/sistem, sila hubungi :

Bahagian Teknologi Maklumat
Pusat Pendidikan Beterusan Universiti Malaya
E-mel : ict@umcced.edu.my

Sila hubungi dalam waktu pejabat seperti berikut:
Isnin - Khamis : 9.00am - 1.00pm & 2.00pm - 5.00pm
Jumaat : 9.00am - 12.00pm & 2.45pm - 5.00pm
(Waktu Malaysia, GMT +8.00)
 
2017 University of Malaya Centre for Continuing Education.